Sunday, 9 December 2012

Lembaran Kerja Huruf Vokal Dan Konsonan

Contoh Lembaran kerja Huruf Vokal dan Konsonan. Cara-Cara... 1. Guru perlu menyebut lima huruf vokal dan murid menulis huruf vokal yang disebut oleh guru. 2. Guru juga perlu menyebut sepuluh sahaja huruf konsonan dan murid menulis huruf tersebut. Selamat berjaya.... Lembaran Kerja Huruf Vokal & Konsonan

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Guru Prasekolah telah didedahkan dengan Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Guru Prasekolah perlu melaksanakan Kurikulum tersebut dalam merancang Rancangan Pengajaran Harian dan melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan. Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

Friday, 26 October 2012

Saturday, 13 October 2012

Wednesday, 3 October 2012

Pertandingan Ciptaan Lego anjuran Legoland Malaysia

Legoland Malaysia....
Yeaaaaahhh....Indah Legoland nama team kami....
Juara Kategori A....Tahniah buat semua....



Caiyokkk...
Kemenangan & Kejayaan

Karnival Bestari 1 Malaysia Prasekolah Zon Skudai 2012

Ketiga dalam acara Bijak Prasekolah

Muhammad Noor Haziq Bin Jaafar
Tahniah..... 



Bermula Di Sini......

Syukur Alhamdulillah, ini pula Pembantu Pengurusan Murid (N17) kelas Prasekolah Indah, SKTBI.
Nama PPM saya Mastura Liza Bt Mohamed Rafik....


Cun tak?
Inilah Permata Hatiku......





Salam 1 Malaysia,

Rakan-rakan yang dikasihi ini adalah anak murid saya Indah Preschool..SK Taman Bukit Indah, Johor Bahru, Bilangan murid ada 25 orang...Majoriti perempuan dalam kelas saya ni....huhuhu....murid lelaki cuma ada 9 orang sahaja. Kelas saya ini ditubuhkan pada tahun 2005...Bermula la kisah hidup saya sebagai guru prasekolah dari tahun 2005 hingga sekarang ini....Alhamdulillah sudah 8 tahun berkhidmat di SKTBI.

Blog ini ditubuhkan bagi memenuhi kehendak soalan tugasan bagi KRT 3013 dimana saya perlu menyiapkan tugasan seperti berikut:

Tugasan 3: Pembangunan Blog P&P (30%)

Tarikh penilaian akhir pada 14 Disember 2012

Blog anda perlu aktif dan dihantar pada Tapak Tugasan MyGuru3 pada 15 November 2012

Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog Pengajaran & Pembelajaran bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Syarat berikut perlu dipatuhi:
1. Pelajar boleh menggunakan platform Blogspot (Blogger) atau Wordpress.
2. Pilihan matapelajaran hendaklah berdasarkan mata pelajaran utama yang ditugaskan di sekolah.
3. Pastikan nama, foto pemilik blog, nombor matrik dan tajuk blog diletakkan di muka hadapan blog. Blog yang dibangunkan hendaklah aktif dan sentiasa dikemaskini sebelum tarikh akhir penilaian tugasan blog.
4. Blog perlu mengandungi perkara-perkara berikut:
· Bahan pembelajaran seperti nota, soalan latihan, aktiviti di dalam kelas dan sebagainya.
· Gambar
· Audio
· Video
5. Libatkan pelajar, ibubapa dan rakan guru yang lain untuk memberi komen pada kandungan yang dipaparkan.
6. Sediakan pautan kepada laman sosial dan repositori bahan pengajaran seperti Facebook, Scribd, bahan Powerpoint, Prezi dan mana-mana format yang sesuai.